Wednesday, 28 November 2012

ASSIGNMENT 15



Berdasarkan Filem 'Birth Of Nation'

Filem sebagai sejarah.
Filem ini telah dipaparkan sebagai naratif fiksyen bersama peristiwa sejarah. Ia juga menggambarkan senario masyarakat Amerika selepas Perang Saudara Amerika. Untuk membuktikan ketepatan fakta-fakta di dalam filem ini, saya ingin memetik kata-kata Presiden Woodrow Wilson. Di mana beliau menyatakan 't’s like writing history with lightning. And my only regret is that it is so terribly true. It was cited as a story based on actual event in America post civil war period.' 

Sumber asasnya 
Berdasarkan novel karya Thomas Dixon Junior`s 'The Clansman' dan  'The Leopard`s Spots ' yang dipaparkan melalui sudut pandangan Cameron of the South yang setia kepada Dixie dan kesatuan Soneman Utara.

Filem sebagai filem
'Birth of the nation' adalah satu filem dalam tiga bentuk, iaitu dalam bentuk dokumentari, fiksyen dan naratif. Filem ini menggambarkan melalui fakta sejarah mengenai aspek pra dan pasca perang sosial dan budaya yang berkaitan dengan masyarakat Amerika. cerita ini diangkat sebagai sebuah filem kronologi. Pendekatan yang digunakan adalah  `chronological narration` di dalam jalan ceritanya.
Dalam filem 'Birth Of a Nation' ini, kesinambungan di dalam penyuntingan digunakan supaya jalan ceritanya berjalan dengan lancar. 
Penyuntingan serentak digunakan di dalam dua adegan yang berbeza ditunjukkan bersama-sama untuk memberi penonton gambaran bahawa peristiwa ini berlaku pada masa yang sama.

Penghasilan babak - Satu adegan dari filem ini, semasa di medan pertempuran menunjukkan tentera dari kedua-dua negara berjuang, dan kemudian kamera do 'close up' sehingga menampakkan sebilangan kecil tentera yang terlibat dalam pertempuran sehingga babak itu menunjukkan ekspresi wajah watak di tempat kejadian.
Penggambaran filem itu telah dibuat menggunakan kamera yang di pasang tripod pada kedudukan statik untuk merakam filem panjang. Kostum yang digunakan dalam filem ini menggambarkan suasana pada zaman itu.

 Filem dalam konteksnya
'Birth Of a Nation' adalah filem yang diterbitkan pada tahun 1915. Filem ini diterbitkan bagi Perbadanan Filem Mutual, dalam masa ini pasaran filem tidak begitu meluas.

Apakah latar belakang sosial dan budaya kepada penciptaan?
Filem ini telah dicipta untuk menggambarkan perang sivil antara negara Amarika Utara dan selatan, dan negara Afrika, gambaran senario selepas perang yang berikutnya. 

Bagaimana pengaruh di dalam filem 
Jalan cerita walaupun berdasarkan kebenaran mutlak yang difikirkan oleh Woodrow Wilson, telah dikritik oleh kumpulan anti perkauman di Amerika yang memulaukan filem dan demonstrasi besar di bandar-bandar utama Amerika.
Filem ini boleh menjadi aset sejarah sebagai filem dan teks yang boleh dianggap sebagai dokumen yang berharga untuk kedua-dua sejarah dan ahli akademik filem.


No comments:

Post a Comment