Wednesday, 21 November 2012

5. By 1914, American films, which had trailed after French and British films, establish their dominance of the world's screens. What factors contributed to the American film dominance?


Kelebihan Hollywood tertumpu kepada mutu pembikinan filemnya di mana filem- filemnya menghiburkan, mempunyai quality yang bagus, dan mempunyai teknologi yang maju. Filem Eropah yang tipikal mempunyai kira-kira 1% daripada penonton filem Hollywood tipikal, dan perbezaan ini telah berkembang. Filem Amerika telah menjadi semakin popular di pasaran antarabangsa, manakala filem Eropah telah menjadi kurang popular. Sebelum filem Hollywood muncul pada zaman 1970-an, filem dan panggung Eropah sebelum abad 1970-an menjadi tumpuan orang ramai dari dalam atau dari luar. Pada dekad 1970-an pembikin filem telah menyaksikan kejatuhan pawagam-pawagam di Eropah.

Kejatuhan pawagam di Eropah adalah selepas popularsi media eletronik seperti radio dan televisyen. Perkembangan televisyen di Eropah menyebabkan penonton filem di pawagam menjadi semakin merosot. Di Jerman, 800 juta tiket filem dibeli pada tahun 1956 tetapi hanya 180 juta telah dibeli pada tahun 1962. Pada masa yang sama, bilangan set televisyen meningkat daripada 700,000 kepada 7.2 juta. Di UK, kehadiran sinematik jatuh daripada 292 juta pada tahun 1967 kepada 73 juta pada tahun 1986. Di Perancis, kehadiran filem menurun dari 450 juta pada tahun 1956 kepada 122 juta 1988. Di Jepun, bilangan tiket filem yang dijual pada tahun 1985.

Keadaan geografi di Amerika juga menjadi factor utama yang membolehkan pembikin-pembikin filem Hollywood menjalankan aktiviti filem mereka dengan lancar sekaligus filem-filem Hollywood banyak dihasilkan. Bagi pembikin filem Perancis dan British, mereka terikat kepada keadaan cuaca dan iklim empat musim yang menghalang mereka daripada dapat menghasilkan filem luar berbanding pembikinan filem Hollywood yang bebas membuat kerja-kerja luar mereka.

Salah satu faktor yang lain adalah saiz pasarannya dimana saiz pasarannya besar berbanding pasaran Perancis dan British yang memiliki pasaran tanah yang kecil berbanding Amerika. Dominasi filem Amerika mendapat sokongan daripada saiz pasaran tempatan yang besar. Sejak tahun 1920-an, industri filem Amerika telah mendapat  banyak keuntungan setiap tahun daripada negara-negara luar lain. Oleh sebab itu perkembangan pembikinan filem dan filem-filem Amerika menjadi terkenal dan maju sehingga ke hari ini.

No comments:

Post a Comment